Saturday, June 13, 2015

Falling in love?

Assalamualaikum w.b.t

Ghase seronok sikit malam ni sebab dapat habiskan satu buku. Selalunya exam im not yang baca satu buku. Hihi. Aku jadi begini setelah check smap lepastu tengok balik result sem 1. Insaf lerrr jadinye.

Okay, bukan nak cakap pasal exam. Tapi entry kali ni nak sebut pasal cinta. Cinta ni subjektif okay kalau korang nak tau. Ada isi tempat kosong, ade kene padankan guna pembaris, ade kena warnakan untuk cari jawapan yang betul. (Gurau jekk)

So, korang pernah suka seseorang tak? Mesti pernah kan. Tapi biar jadi secret kan. Kenapa secret? Biarlah jadi pendapat bagi seseorang. Ade pendapat orang lain dengan kita.

Jenis aku ni dah suka kat orang, aku tak bagitau kat orang. Arghh gile ke nak bagitau? Tak thug life laa macam tu kennnnn.. tak nak arh geli-geli. Haha

Kenapa aku tak bagitahu kat orang?
Sebab aku takut kalau dia bukan jodoh aku.
Sebab aku tak nak sesiapa pun terluka bila bukan jodoh.

Well, simple, tunggu waktu yang sesuai, nanti Allah tunjuk lah jodoh kita siape. Jadi, sekarang ni, tugas kite tambah nilai dalam diri. Oh ye, mak ayah first.

Untuk bakal zauj saya :
@Perbaiki diri awak.
@Kalau awak tengah bercinta dan habiskan duit untuk makwe awak tu, aduhh cukup cukup sudah dongg, nanti kita kahwin, takdak duit camne? Kehkeh
@tunggulah saya. Hahahajahgddjsjdhskskjfnrvjkwidcj

P/s: CINTA ALLAH NO 1, IN SHAA ALLAH CINTA MANUSIA DATANG JUA. CINTA MANUSIA BELUM TENTU ADA, TAPI AJAL SUDAH TENTU ADA.

Friday, April 17, 2015

Bridemaids oh bridemaids

Assalamualaikum w.b.t and good morning (supposed to be la kan dah morning kot pukul 1 lebih)

Dah lame tak update blog sebab busy! *alasan biasa yang padahalnya penyegann
Lol. Hahahah. Okay, ade ape kali ni yang nak dibebel? Usha tajuk sikit, okey? Dah usha? Pasal bridemaids kan? Ya ya ya.

Bridemaids ni apa? Macammana tetiba wujud spesis ni kat Malaysia?

Berdasarkan pemerhatian aku ataupun dari kacamata seorang pelajar jurusan kejuruteraan yang sememeh tak pandai nak melawa ni, aku boleh katakan kalau hangpa pi kenduri kahwin orang, hang nampak orang pakai dok lawo2 habeh warna pun sepesen , pastu siap flowercrown bagai, haaaaaa! Sah! Tu la bridemaids. Yang perempuan je la dapat dikenal pasti. Yang lelaki aku tak tau sangat. *kisah pulak hakak..  
Dan bagaimana spesis2 ni wujud kat Malaysia ni wallahualam. Aku pun tak tau.

Tapi aku sebenarnye dah berniat tak nak ada bridemaids. Hehehehe 😈😈😈😈
SEBAB? Hurai sikit sebab musabab dia okay, jom cekidaut

1. SUKA GROUFIE
     Malangnye pengantin jika hadirnya bridemaids anda hanya untuk bergambar sesama
     bridemaids yang lain. Dah lah selfie reramai, pastu tak nak ajak pengantin. Ishh,
     kau ingat wedding ni wedding kau ke? Takde wedding,takde bridemaids,takde kau!
      Hahaha *serious sket muka

2. NI PROBLEM BILA BRIDEMAIDS LAGI CANTIK DARI PENGANTIN.
     Ciss! Sumber ke spoil an wedding kan. Bilamana semua nak tengok bridemaids, tak
     nak tengok pengantin. The worst is ada yang siap banding-banding kan lagi tu.
      Ishh, ini memang nak kena lah kan. Nak marah, mak mentua ada. Kang terlepas lah
     title menantu kesayangan *poodahhh

3. TAK MERANCANG UNTUK BERSANDING
     Aku ada dengar ibu cakap yang tak payah bersanding. Aku okey je la. Tapi aku
     mintak pelamin bagi ada saja gedik nak bergambar. Hahaha . Emm,nak buat bidio
      tak? *kuis tanah

Okay, itu lah diaaa.. so far tu je aku dapat fikir. Dan ini menjadi faktor utama aku tak berapa berkenan nak ada bridemaids. Hahaha. Tapi takpa,sebab aku belum kahwin lagi, kalau nak mohon, boleh lah isi borang, memandangkan aku ni calon pun takde. Jadi permohonan untuk jadi bridemaids akan ditutup sekiranya aku dah ade calon. Nak mohon boleh mention aku kat twitter @nurfarhanaR  dan guna hashtag #makngahna

So, kesimpulan dia terpulang kat korang kalau korang nak guna bridemaids ni silalah guna. Sebab benda2 kat atas tu semua pandangan aku. Pesan #makngahna kalau nak guna bridemaids, sila kerahkan tenaga mereka. Bagi macam PLKN okay gaisss. Muah ciked setepek kat pipi.

Rasa macam dah menguap pulak . Tak faham lagi ke? Maksudnye #makngahna nak tido dah. Okay, bye assalamualaikum w.b.t

P/s: something wrong? Ask #makngahna on twitter @nurfarhanaR or you can drop your comments here. In Shaa Allah  #makngahna akan reply.




Friday, February 13, 2015

14 Of February

AL FATIHAH FOR T. GURU NIK AZIZ AND HASBULLAH AWANG

Assalamualaikum w.b.t .hello everyone! Harap semua stay chill aukkk. *erkk..whats tat?

Orite orite orite *just like nabillicious
So, hari ni tarikhnya berapa ya? *just like farah quinn
Hari ini 14 february. *just like fazura

*this is not Maharajalewak! Oops

Okay,okay. 14 february. Anniversary parents aku. Kalau dulu aku time sekolah, mesti budak2 be like

"Awwww,,sweetnye parents u! Nikah time valentines day."

Im gonna be like "ABAH KAU SWEET!!"

Hello guyss, mak ayah aku nikah tarikh ni takde kena mengena pun dengan valentino rossi *tuka lah perkataan tu. Aku pernah tanya mak aku pasal benda ni. And she said.....

"Kebetulan hari jumaat.hari tu free dan haritu jugak tok kadi free. Kalau tak busy memanjang"

Mak aku cakap macam tu.

Tapi yang part best, 14hb selalunya makan sedap. Hehehe. I mean mak aku buat masak2 special sikit untuk satu fmily. *i loikkkkeeeee fooddddddddddddd

Tak tau nak cerita apa lagi. Sebab tengah tunggu orang, so , i decide update lah blog yang berhabuk,bersawang dan segala2 mak nenek haiwan bakal membiak mengalahkan hutan amazon.

So, thats all from me for today.

Peringatan
JANGAN SAMBUT VALENTINE DAY. KALAU KAU TAK SAYANG DIRI KAU TU, KAU SAYANG LAH MAK AYAH KAU. KBYE.

Wassalam.

Monday, February 2, 2015

Literally Do Nothing. Standing.

Assalamualaikum w.b.t and a very good morning (i guess lah kot morning). Today, im not in a good mood. Well, i dont know lah. Cuti sepatutnya relaks kan. But not me. Tiada mood tiada kaitan sama sekali dengan cuti thaipusam ni,hokeyhh! Hahaha

OKAY!

ENTRY APA KALI NI? TODAY I JUST NAK BUAT ULASAN TENTANG "FEELING".
BUT, OF COURSE LAH BUKAN CINTA MEYHHH!

USHA SIKIT SITUATION
YOU KENA MARAH DENGAN SOMEONE. THAT PERSON SAID JANGAN BUAT A. SO, YOU TAK BUAT LAH A. BUT, THEN THAT PERSON MARAH SEBAB YOU TAK BUAT A. BUT,BILA NAK BUAT A KENA MARAH.

So, dah dapat gambaran? Hahhaha, i know chuollss nak cakap yang most of them buat macam ni ialah parents kan? Yeahh, i agree. But dont forget, kalau you ada kawan yang berperangai seperti parents you. Chinggg!

This is funny. Bila korang dah kena situation macam ni, korang mesti tak tau nak buat apa kan. So, dia akan berakhir dengan korang berdiri atau termenung cari solution tp tak tau nak buat apa. Kerana semua benda kena marah. Lepastu menangis fikir cari apa salah you.Hahahaha. This is me lahh!! (A bit sensitive)

SOLUTION??
1. KUUKIR NAMAMU DALAM DOAKU.
Haa, jangan kau fikir nak istikharah cinta jee. Jangan nak letak nama baby, biy,           ayang, anje kau je dalam doa tuh. Mak bapak kau tu jangan lupa. Orang2 kat dalam bumi ni kau jangan lupa.Berdoa saje laa moga dilembutkan hatinya .

2. JANGAN TEGUR
Okay. Ni bukan cerita hantu. Pusing sikit point tu. Tegur sikit perangai dia dalam hati walaupun menegur dalam hati adalah selemah-lemah iman.

3. OTAK KAU
Pandai lah nak fikir sendiri jalan ape lagi kau nak buat. Hehehehe

Itu je entry kali ni. Harapnya, lepas ni.... hmmmm.. udah2 lah marah cenggitu bagi yang jenis suka marah macam ni. Susah tau hati orang yang kena marah bila orang marah macam ni.

P/s: Senyum yang manis tidak perlu menggunakan gula yang banyak,
Cukup hanya menggerakkan otot2 dimuka.

Wassalam.

Thursday, October 30, 2014

FROM BATU PAHAT WITH LOVE

assalamualaikum cikaboom cikaboom sekalian.
"aku tanya apa khabar"
haa, jawab lah weyh. jangan biarkan aku sorang2 bertanye macam sonaone dok nyanyi lagu ape khabar tu.

k.k. macam tak related kan.

aku cuma nak bercakap, WOIII,LAME WEYH TAK BUAT ENTRY!!! aku tengok last aku update bulan julai. uishh, sekarang hujung bulan 10. 3 bulan iolss tinggalkan.

K.K MALAS NAK CERITA PANJANG2

aku bukan nak sembang mambang ke ape ke, tapi aura malas nak buat entry baru menyambung setelah aku masuk u. yes, universiti.

aku sekarang belajar kat UTHM. ye makcik, ha'ah KUITTHO, ye abang jual ikan, ha'ah yang kat Batu Pahat tu, kampung orang jawa tu . ha'ah betul lah tu semua.

ade aku kesah kuittho ke ape ke, janji aku belajar. masuk menara gading. perkataan yang selalu aku dok buat karangan bagi menggantikan perkataan universiti. bajet ayat sedap sikit, bombastik gedebuk gedebak. dapatlah markah lebih.

ORIENTASI?
rilek boh. tak de dasat-dasat rasanya. setakat fasi-fasi yang suka shelpyy tu lantak depa lah nak penuhkan instagram depa. aku awal-awal dah malas nak join benda alah ni pasaipa? pasai malam-malam disuruh nyanyi pulak.
bila tidur, diambilnye gambar pulak. tak baik kot amek gambar waktu tido. nenek aku cakap.
boleh tak aku cakap, yang abam senior-senior semua akan control macho usha junior.kahkahkah.
aku awal-awal out of list la.


bilik okay je. kipas sorang satu.aku suka. tak macam kat matrik dulu, satu bilik kipas 2 je. dah lah bilik besar. kat u ni, bilik aku rasa separuh dari bilik kat matrik, dan semua skali ade 4 kipas. faham kann kalau aku feeling2 jadi ELSA.

KENDERAAN?
naik bas boleh jalan kaki boleh naik basikal boleh. tapi aku lagi banyak jalan kaki.pasaipa? pasai senang nak shortcut jalan atas padang ke, masuk fakulti lain ke. lagi 4 tahun, In Shaa Allah, kaki aku macam girls generation.uhuk uhuik





SEJUJURNYA, KALAU MAKCIK-MAKCIK ADE NIAT NAK TANYA AKU,APA YANG BEST KAT BATU PAHAT NI, MOHON NIAT ITU DISIMPAN DIPENDAM. SEBAB AKU PUN TAK ROUND2 LAGI BATU PAHAT NI. ADE MASA 4 TAHUN, JADI USAH TERBURU-BURU.




*belanje gamba sikit time orientasi  (bulatnye aku jahhh oii)








p/s: esok pahang lawan jdt. sebagai johorean, aku sokong jdt.hahaha lantak lah korang nak cakap ape. kesah pulak senah.






Wednesday, July 2, 2014

throwback Ramadhan

assalamualaikum sedaghe sedaghi sekalian.
tak terlambat lagi kot rasanya nak cakap "SELAMAT BERPUASA"
hee.. aku busy lately ni.
maklumlah tanam anggur,dah banyak yang masak ranum.

so, puasa kali ni macammana? jangan ada yang dah ponteng puasa sudah. kalau perempuan tu faham lah ade excuse tapi yang bermisai yang pergi solat jumaat ni.

bulan Ramadhan ni bulan mulia. ladang pahala weyh! tidak semena-mena aku terflashback perkara2 yang bangang pernah aku buat mase kecik2.

bende biase budak kecik selalu buat,

KANTOI CURI-CURI MINUM.

heehe.aku pun pernah terkantoi. aku pergi minum air pop yang warna jernih mcm mineral tu. sedap gile air masuk tekak. sekali kantoi dengan bondaku. memang seronok kene marah.

hmm.. ape lagi eh?

oh ya, matrik.

dulu masa aku belajar di matrik, aku memang ahli PRD . hmm agak malu sebenarnye aku menyandang jawatan yang pada aku , aku tak buat kerja pun.aku tak suka dpat sijil tanpa buat apa2. useless je semua. yes, berbalik kepada PRD td. PRD ade buat satu aktiviti tolong2 orang susah masa bulan puasa bulan mulia.
so, memang kami berkemas2 lah rumah pak cik tu. nama pakcik tu PAK CIK SOBRI. aku tak berkesempatan menjenga kedalam rumah. busy bersihkan kat belakang rumah. aku syok gila sapu tetibe rake patah. seram sejuk aku takut. ye la, dah aku yang patahkan. sampai sekarang aku rasa bersalah patahkan .aku tak ckap dekat siape2 pun. lagi satu pokok pisang yang hampir terbakar. budak2 PRD punye keje lah ni. bakar2 sampah sekali terbakar pokok pisang. pokok pisang tu dahlah dekat sangat dengan rumah pak cik ni. elok2 puasa rumah pakcik ni elok, kang raya tak elok pulak rumah bebudak ni kerjakan.
hahaha.. pengalaman tu weyh!

hahaha.. rasa macam nak stop.
aku buat entry ni sebab aku bosan.
belum boleh tidur, tapi hati aku nak tidur.


pagi sahur makan ikan,
ikan comel tengok cermin,
kalau sudi tingal- tinggalkan,
tinggalkan nasihat mahupun komen.

pedulikan pantun tu. fokus apa yang aku cuba nak sampaikan. hehe

"








Sunday, June 22, 2014

remove dark spots from face naturally and save your budget!

assalamualaikum.
hai hey hoi semuaa!!
sekali lagi aku buat entry baru dipetang hari.
tetibe rase feeling2 damai sekali buat entry waktu2 petang.
orang dok riadah, aku dok riadah hok tangan je la.
honestly, memang aku tak payah nak senam ni. well, dulu masa belajar matrik lecturer suruh pusing satu kolej, aku dan kawan2 menyetankan diri lalu shortcut tepi kafe. tapi kantoi lepastu. dah kantoi takkan nak deny aku tak buat pulak kan. nak tak nak ngaku je la. heheh

SO?

so,straight to the point ,entry kali ni aku nak share pasal KECANTIKAN. ataupun bahasa omputihnya BEAUTY. macam terkejut sikit lah tetiba dah besar sikit, baru pandai nak jaga2 kulit muka lah, jerawat la, whitehead la, blackhead. mask sana,mask sini.

beauty tips kali ni aku dapat dari satu blog. blog mana aku pun dah lupa. maaf ye kawan2 ku yang kusayangi yang berasal dari planet bumi sekalian .well, maybe ade yang dah baca dan dah tahu. coz, i thinks it quite interesting sebab senang nak cari. korang boleh buat sendiri kat rumah. (well,aku ade jugak beli produk2 kat luar ni, siam punya pun ade jugak aku sebat).senyum sikit.

REMOVE YOUR DARK SPOTS FROM FACE NATURALLY AND SAVE BUDGET!

dark spots, bekas jerawat memang susah nak handle kan.




apa yang anda perlukan?
*1/2 teaspoon baking soda
*1/2 teaspoon distilled water (rembat kat lab pun boleh) *ajar benda jahat kat orang

campur je mixture ni.
first basuh dulu muka tu.buang segala mekap mak nenek mak jemah bagai.
sapu mixture ni pada bahagian yang bermasalah. mostly pipi lah kan.
then, tunggu 5 minit. bilas dengan air.
siap!

peringatan.
apply bende ni once a day je okay.
pakai sampai korang rasa korang dah perlukan lagi.
it works ,and you should try it.
aku pun tengah guna jugak. alhamdulillah,kurang sikit.
hari raya ni melawa lah aku. hahaha


sampai sini je lah entry aku. kuundur diriku dengan bismillah. hehehe
macma lagu kopinang ko dengan bismillah pulak.

jangan lupa, cuba tau!

"cantik diluar, cantik didalam"

wassalam.

ohh ya! drop your comment here.. :)